Jumaat, 30 April 2010




SK Penajis rai atlet pecah rekod MSSNS


REMBAU - Kejayaan diraih atlet Sekolah Kebang-saan (SK) Penajis, Muhd Nur Fazin Roshimi pada Majlis Sukan Sekolah Ne-geri Sembilan baru-baru ini membanggakan pihak sekolah.


Guru Besar, Omar Shariff berkata, kejayaan murid aktif dalam sukan bukan sahaja menyihatkan minda dan fizikal tetapi mampu mengharumkan nama sekolah.


Menurutnya, walaupun SK Penajis dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) namun mampu melahirkan murid cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berupaya memecah rekod Malis Su-kan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan (MSSNS).


“Sokongan dan dorongan daripada semua pihak menjadikan atlet sekolah dapat bersaing dengan sekolah lain sekali gus membuktikan daerah ini tidak kekeringan bakat muda dalam arena sukan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Meraikan Atlet Sekolah di SK Penajis, dekat sini.


Omar berkata, pencapaian diperoleh bukan bermakna murid perlu mengabaikan pelajaran tetapi kedua-dua aspek iaitu akademik dan kokurikulum perlu diselarikan selain menjaga sahsiah diri supaya beroleh kecemerlangan lebih baik pada masa akan datang.


“Jangan sesekali meninggalkan pelajaran kerana mereka akan menjadi contoh kepada murid lain.


“Kejayaan yang diraih akan menjadi pemangkin untuk mencipta lebih banyak kejayaan,” katanya. Pada pertandingan itu, Muhd Nur Fazin berjaya meraih tiga emas dalam acara lari 100 meter bawah 12, 4X100 meter bawah 12, lompat jauh bawah 12 dan satu perak dalam 4X200 meter bawah 12 tahun.


Pencapaian cemerlang ini melayakkan beliau dinobatkan sebagai Atlet Terbaik bawah 12 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan