Sejarah Sekolah
Didirikan pada tahun 1906. Bangunan asal sekolah ini adalah rumah sekolah yang bertiang kayu, berdinding papan dan berjaring di sebelah atas. Atap rumah sekolah ini adalah atap rumbia dan tidak mempunyai tingkap. Tangganya dibuat daripada batu dan tidak mempunyai bilik darjah.Nama Sekolah Melayu Penajis adalah sempena nama seorang penduduk yang tertua bergelar Dato Najeh yang tinggal di Kg Penajis berhampiran dengan masjid. Pada masa itu murid-murid sekolah ini hanya terdiri dari murid-murid lelaki sahaja. Begitu juga dengan guru-gurunya, tidak ada guru perempuan.Pada tahun 1928 barulah diadakan pengambilan murid-murid perempuan iaitu seramai 30 orang yang berumur belasan tahun untuk ke darjah satu. Apabila naik ke darjah dua, ramai yang berhenti sekolah dan hanya tinggal 15 orang sahaja murid perempuan. Seterusnya ketika murid-murid ini naik ke darjah empat, seramai 14 orang murid perempuan berhenti dan tinggallah seorang sahaja murid perempuan iaitu Maliah bt. Husain.Pada awal penubuhan sekolah ini, murid-murid hanya menggunakan papan batu dan kalam dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan